Oleh: Zawawi
Aku selalu digelar mahasiswa pemberontak.
Aku selalu digelar pembikin onar.
Aku selalu dinilai dari penampilanku.
Aku selalu dinilai dari percakapanku.
Kenapa kau gelar aku pemberontak?
Kenapa kau gelar aku pembikin onar?
Kenapa aku dinilai dengan penampilanku?
Kenapa aku dinilai dengan percakapanku?
Ya, ada masalah pemberontak yang kaucari!
Ya, ada keperluan berbising pembikin onar yang kaucari!
Ya, penampilanku memang begini – selekeh, tidak kemas, tidak sesuai digelar mahasiswa. Lihat mereka yang berpakaian kemas! Apa mereka lakukan?
Ya, percakapanku memang begini – didengar kencang diamati tidak senang!
Aku tak mahu jadi pemberontak seperti kaugelar.
Aku tak mahu digelar pembikin onar.
Aku juga tak mahu berpakaian begini, kerna pakaian kemas belum cocok untukku.
Aku tak mahu bercakap kencang mengguris telinga yang mendengar.
Aku akan menamatkan zaman ini.
Terima kasih untuk semuanya.