Demonstrasi & Hari Buruh

Oleh: Izzat Dahelan Pada beberapa hari yang lepas, telah berlaku dua siri demonstrasi secara aman di Tawau, Sabah yang melibatkan Kg. Muhibbahraya dan Kg. Baru Pasir Putih. Tujuan demonstrasi ini tidak lain kerana ingin menyuarakan tuntutan rakyat di kawasan tersebut. Ketidakpuasan hati terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dipanjangkan dan tidak disusuli dengan suntikan […]

Putaran Ganas Kemiskinan Anak-Anak Tanpa Negara

Oleh: Mohd Syafie Mustan Secara umumnya, Teori Putaran Ganas Kemiskinan adalah satu keadaan di mana apabila sesuatu masyarakat itu hidup dalam keadaan miskin, bermula dari orang tua mereka lalu kemudiannya kemiskinan tersebut akan diwarisi kepada anak-anaknya. Dalam hal ini, terdapat dua keberangkalian yang terjadi : Pertama : Anak-anaknya sedar tentang kemiskinan yang diwarisinya lalu berusaha […]

Adakah fungsi manusia untuk menjadi economic animal?

Oleh: Syed Ahmad Fathi Saya pertama kali mendengar manusia sebagai economic animal dari syarahan Dr. Abdullah Sudin di Bangi, tentang bagaimana pendidikan dan konstruk sosial menjadikan manusia hari ini tidak lebih dari haiwan, yang seluruh hidupnya ditujukan untuk mencari makanan dan membiak, cumanya mereka haiwan yang lebih tinggi kerana mempunyai tugas ekonomi. Tetapi dia dibentuk […]

Sistem Modular & Mengapa Nasionalisma Mungkin Ada Gunanya

Oleh: Syed Ahmad Fathi Jika hendak dirumuskan kitab Economyth tulisan David Orrell, saya akan katakan ia sebagai manifesto sistem ekonomi baru. Orrell mencabar aksiom-aksiom ekonomi konvensional yang masih berkiblatkan teori neo-klasikal yang sudah terbukti pada banyak ketika gagal menyelesaikan masalah manusia. Orrell yang merupakan ahli matematik mengkritik pemahaman ekonomi yang dilindungi oleh persamaan-persamaan matematik yang […]

Tentang Keusahawanan Sosial

Oleh: Aakmal Yusop Berapa bulan sudah para graduan UMS tahun lalu berjaya menggenggam sepapan ijazah dan sejambak bunga, yang mungkin ada lebih teddy bear hinggap di kalangannya. Adakah anda sudah mengerjakan sesuatu? Atau adakah anda sudah mempunyai kerja? Atau anda dimalangi statistik dan mendapati diri anda adalah sebahagian daripada 3.3% rakyat Malaysia yang tidak mempunyai […]

Kenapa Sabah akan Terus Miskin?

Oleh: Jefry Musa Baru-baru ini saya telah ditemubual oleh wartawan daripada Utusan Borneo sekitar permasalahan dokumentasi di Sabah. Dalam temubual itu saya ada menekankan bagaimana naratif masalah dokumentasi ini lebih tertumpu kepada perbincangan keselamatan daripada kesan kepada ekonomi, terutamanya pada tingkat gaji penduduk di Sabah. Namun timbul sedikit rasa bimbang akan kenyataan saya itu ditafsir […]

Wawasan Kesihatan Neoliberal 2020

Oleh: Syed Ahmad Fathi Masyarakat kita hari ini dilamun isu-isu seperti abu mayat Chin Peng dan lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam bahasa Cina. Yang terbaru mungkin pergaduhan dan perpuakan yang sedang berlangsung dalam sebuah parti yang terkenal dengan acara baling-membaling kerusi setiap tahun. Media, baik media digital mahupun cetak setiap hari mengipas isu-isu seperti ini. […]

Vaksin Pneumokokal : Melindungi Bayi Dari Radang Paru-Paru

Oleh: Zafir Lukast Belanjawan 2020 telah seminggu dibentangkan kepada umum.  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  bakal menerima peruntukan RM 30.6 bilion bagi membangun dan menaiktaraf infrastruktur kesihatan dan perlindungan kesihatan. Selain membina dan menaiktaraf hospital, klinik, serta perkhidmatan kesihatan, beberapa inisiatif baru turut diperkenalkan contohnya membenarkan pengeluaran KWSP bagi pasangan yang menjalani IVF serta rawatan kesihatan […]

Ren Zhengfei – Jurutera Huawei yang Melawan Hegemoni Amerika

Oleh: Syed Ahmad Fathi Politik Amerika sekian lama didominasi oleh sistem dwi-parti yang menyebabkannya tersepit untuk memilih antara dua pilihan sahaja, sama ada republikan atau demokrat. Keterbatasan pilihan ini merosakkan demokrasi Amerika, mereka seolah-olah mempunyai pilihan, tetapi pilihan mereka hanyalah barisan elit dari dua parti, natijahnya mereka menukar presiden tetapi polisi jarang diusik. Akhirnya pada […]

Melawan Mitos Kapitalis Sebagai Satu ‘Sistem Pasaran’

Oleh: Prof. Richard D. Wolff Penterjemah: Jefry Musa Pada hari ini, Parti Sosialis Demokratik Amerika yang mempunyai 48,000 ahli dan calon sosialis seperti Alexandria Ocasio-Cortez menekan untuk pendidikan percuma dan perkhidmatan kesihatan kepada semua, warga Amerika sekali lagi mula membincangkan tentang kapitalisme dan lawannya sosialisme. Nasib baik mereka tidak melakukannya dalam cara Perang Dingin lama […]