BORNEO DAN ‘PERSOALAN NASIONAL’

Oleh: Farahani Rosman ‘Kesedaran palsu’ yang dicernakan ini perlu dipecahkan agar kita dapat menyentuh isu-isu kritikal dan membina. Ruang-ruang fikir yang terbina semakin selesa, dan sudah tidak kondusif untuk pertumbuhan intelek kritikal dan membumi. – Farahani Rosman Dibelek buku Hishamuddin Rais, ditelek depan-belakang. ‘Persoalan Nasional’, judulnya. Bertahun-tahun saya dambakan buku itu. Sekarang baru saya berkesempatan […]

INTEGRITI SEORANG WIRA

OLEH: MUHAMMAD HAKIM BIN IRMIE YUHAZNI Sebenarnya sehingga ke detik ini, aku masih hairan dan musykil sama ada aku layak dilahirkan di tanah ibu pertiwi, Malaysia. Terdapat satu persoalan yang sering menghantui fikiranku iaitu “Apakah perkara yang telah kusumbangkan kepada rakyat Malaysia bagi memastikan Malaysia sentiasa prihatin terhadap sesuatu?”. Aku masih dibelenggu persoalan itu dan […]

Memilih Teori Pendidikan Ketika Beraktivisme

Oleh: Mansurni Abadi Kalau kita cermati tujuan keseluruhan dari pendidikan, ada pada kekuatan untuk mempersiapkan orang baik secara subjektif mahupun objektif yang dapat berfungsi secara aktif dan bertanggungjawab dalam komuniti mereka, masyarakat dan akhirnya dunia. Tetapi, pada praktiknya, pendidikan boleh dikondisikan ke dalam dua pengaruh; iaitu dapat memelihara cara berfikir menjadi lebih baik dan satu yang […]

Apakah yang dimaksudkan dengan Dialektik Materialisma?

Oleh: Syed Ahmad Fathi Apakah yang dimaksudkan dengan Dialektik Materialisma? Merupakan soalan yang pernah saya tertanya-tanya dahulu. Apabila mula membaca, terutamanya penulisan yang condong dengan ‘ideologi kiri’, perkataan ini sering muncul, namun tidak begitu jelas maksudnya. Carian saya di Wikipedia ketika itu tidak betul-betul dapat menenangkan hati tentang persoalan maksud istilah itu. Baru-baru ini ada […]

Berakhirnya Sejarah (Siri 2)

Oleh: Syed Ahmad Fathi Berakhirnya Sejarah (Siri 1) Berakhirnya Sejarah (Siri 3) Dalam siri kedua ini kita masih membincangkan perihal kitab The End of History and The Last Man karangan Francis Fukuyama. Beliau membawakan hujah-hujah untuk menyokong dakwaannya bahawa sistem demokrasi liberal adalah sistem yang telah sempurna bagi pemikiran falsafah politik manusia. Di abad baru, […]

Kegagalan yang Paling Besar Manusia: Bukan Menyusun, tetapi Membaca (Iqra’)!

Oleh: Jefry Musa Perbincangan ini aku fikir semakin tidak mempunyai arah. Aku mendakwa aktivis meromantisme makna ‘demokrasi’, hujah ini dibalas dengan mendakwa aku terlalu idealis. Sedangkan romantisme dan idealis itu adalah dua sifat yang sama – mengkhayalkan dan seronok. Aku mengingatkan jangan meremehkan peranan pihak-pihak yang lain, aku pula dituduh meremehkan peranan artis. Sebenarnya artis […]

Contoh Idealis yang Gagal Membangun Masyarakat!

Oleh: Mukmin Nantang Ramai orang yang menjadi pekerja sosial gagal membaca masyarakat dan sekali gus gagal dalam membangunkan apa-apa bentuk pemikiran baru selain hanya melempiaskan nafsu marah. Seperti seorang pemain bola sepak yang baru masuk padang, selain dia harus latihan bersama, dia juga harus kenal rakan-rakan pasukannya, mengetahui posisinya, memahami strategi yang ingin dibangunkan secara […]

Kita Sebenarnya Malas Melawan Penindasan: LUCU

Kita sebenarnya malas melawan penindasan: LUCU Kegagalan yang paling besar pada manusia bukan tidak mampu untuk menyusun tapi tidak pandai untuk membaca. Manakala radikal yang lebih penting bukanlah pada tingkah laku, tetapi pada pemikiran. Itulah silap Mukmin apabila membaca tulisan aku tentang kegagalan Pas Sementara Sabah (PSS). Terbukti juga kritikan aku pada aktivis yang beromantisme […]

Kemalasan Penyebab Penindasan Berterusan!

Oleh: Mukmin Nantang Buat ‘pekerja sosial’— Ini jawapan saya ketika anda mengatakan aktivis celaru menyebabkan penindasan jadi budaya. [Radikalisma dalam Kamus Hidup Saya] Ramai aktivis memaksakan teori-teori yang dibacanya atau kata-kata pujangga tokoh kesayangannya masuk ke dalam praktik politiknya namun gagal terlebih dahulu membaca persekitaran masyarakat sedia ada. ‘Radikal’ yang sebenar adalah penggalian ilmu atau […]

Sejarah Keganasan, Menuju Ketamadunan

Oleh: Farahani R. Jika anda terjun ke dalam diskusi pensejarahan manusia versi aliran kemanusiaan, anda pasti lebih memahami peringkat pembangunan manusia ini dalam dinamik manusia sesamanya. Bila kita membaca buku sejarah, persoalan kemasyarakatan itu ditimbulkan tidak jauh dari implikasi keperluan kita sendiri untuk bersosial. Kerana itu, kita dianggap sebagai ‘binatang sosial berkaki dua’ oleh Socrates. […]