TENTANG KITA

Oleh: RoseCitra Sejak dirimu hadir Dalam hidupku Fikiranku terasing Nafasku sukar Mengidolakanmu tanpa henti. Dengar Dengar Dengari aku Apa yang ingin kutanyakan. Apa yang patut kutahu Tentang dirimu? Apa yang patut kutahu Tentang kita? Pergi mimpi Pergi bersama dirimu Kerna kutahu dirimu hanyalah godaan Jelmaan syaitan.

LANGKAH MATI

Oleh: RoseCitra   Satu langkah menjunam Memperosokkanku Menghempas tulang-temulangku Bisanya sampai ke seluruh tubuhku.   Kerana satu langkah Aku di sini Memasuki ruang kecil Ditemani titisan air Yang seakan menghitung sisa waktuku.   Aku parah di sini Suara tercekik lemas Mulut bergetar lalu ternganga Tiada upaya Putaran angin mendesing bersiul Enggan pergi Makin melelahkanku.   […]

|PUISI| Rubaiyat Untuk Kalimantan

Oleh: Daniele Speziale Rubaiyat untuk Kalimantan Hutan menangis tanpa bersuara; kita dicuri langit dan udara. Manusia lawan, gaduh, salahkan: kiamat datang pun tak bersaudara. Lihat langit terbuka, itulah kebebasan tapi jerebu jadikan kita tahanan, pandangan bermimpi insan terkurung, terpisah dari ufuk dan perbintangan. Dibakar monyet, dicekik burung, dihalau pribumi, dibersihkan gunung. Kita semua bayar dengan […]

|PUISI| Sel-aku

Oleh: Melur dan bias Sel-sel dalam diriku ini miliki tujuan-nya yang kecil sel imanen dan transenden melampaui batas diri Sel-sel yang terikat yang kini integral bersatu untuk tujuan yang besar; berenang sampai ke muara Sulur-sulur hijau kehidupan dan kematian sel-sel dalam diriku yang tumbuh dan bergerak tanpa mengetahui tujuan-nya Rabu, Februari ke-24, 2021 Hulu Langat

|PUISI| Cuma kita

Oleh: Melur dan biasĀ  Disebuah malam penuh artikulasi ku tatap, kau lekat kita duduk, berdua sahaja menjunjung kasih, budi diterima lantas kita berkenalan dengan bahasa yang tidak kumengerti kita sudah terbiasa mengucapkan kata-kata lain Kita akan menuju waktu segala gegas sengaja diperlahankan kita akan menghitung, setiap kelkatu yang jatuh kita akan menanam, setiap benih-benih keabadian […]

|PUISI| Pia Pia Fu di meja JPN

Oleh: W. Azzuar Seorang pejudi menunggu giliran dalam fail siaga daun-daun berkuasa zikir halal dalam hal ini sejalur lampu menyuluh kaunter 4 daun-daun berkuasa disusun penjaga kaunter sinis dalam santun daun-daun di-cong; surat beranak lewat kelahiran, salinan kad pengenalan, surat sokongan sang pejudi persiapkan kuda-kuda penjaga kaunter memilih dan menaip taruhannya bukan dinar dirham tetapi […]

|PUISI| Sesuap hati

Oleh: w. azzuar Alasku setaraf setinggan sekeluarga makan sepinggan Kau tinggal di istana tak tahu apa itu merana Kita berbeza kasta kau berlauk pasta aku berlauk pasrah tetapi sesuap perasaan lebih mengeyangkan kita w. azzuar

|PUISI| Matinya Manusiawi

Oleh: Mukmin Nantang Ketika mata dibuka, telinga dipasang, otak diransang, hatiku diusik, terdetik; Semasa kecil padang main Simbol manusiawi Agama adalah main Bangsa adalah main Asal-usul adalah main Kekayaan adalah main Kehidupan adalah main, main dan main. Tak kita persoalankan; “Apa agamamu? apa bangsamu? Apa asal-usulmu? Apa miskin apa kaya? Apa hitam apa putih kulitmu?” […]

|PUISI| Si cantik

Oleh: Melur dan biasĀ  Hai si cantik, pagi itu aku melihat kamu meleraikan rambut yang kusut mengeluh, bila alis mata tidak jadi sampai aku pula yang dipersalahkan bila baju yang kau beli tiga bulan yang lalu sudah sempit. Walaupun aku dituduh tanpa sebarang bukti aku diamkan sahaja cantik itu sebuah perjuangan para wanita demi secebis […]

|PUISI| Terkurung

Oleh: w. azzuar Malu dan terhina aku benci ucapan seperti nyalakan anjing aku mati diantara kata-kata mereka di mana tempat sunyi? boleh aku bersama aku bersama ilham yang malu turun di tempat sekawan anjing terkurung dengan binatang pedih makan hati makan bangkai saudara sendiri aku mahu pergi tapi pilihan cuma 2 jadi bodoh atau jadi […]