Ali dalam ‘The Malay Archipelago’ Wallace

Oleh: Nur Huda Alfred Russel Wallace menjelajah Kepulauan Nusantara selama lapan tahun (1854-1862), merentasi Makasar, Kepulauan Maluku, Papua, Jawa, Bali, Lombok, Sarawak, Singapura dan Sumatera. Sepanjang ekspedisi, beliau berjaya mengumpulkan 125,660 spesimen serangga, burung, reptilia, mamalia dan kerang-kerangan. Ekspedisi ini telah membawa kepada penghasilan karya monumentalnya, The Malay Archipelago, salah satu karya klasik dalam sejarah […]

Alfred Russel Wallace & Teori Evolusi

Oleh: Syed Ahmad Fathi Baru-baru ini ada perbincangan hangat di forum rahsia di Facebook “GE-Global” perihal peta-peta lama nusantara. Saudara Lo Yue Chen (bukan nama sebenar) mempersoalkan bilakah ada sejarah bertulis perihal tanah melayu atau “malay archipelago”, saya terus teringat akan buku The Malay Archipelago tulisan Alfred Russel Wallace yang diterbitkan pada 1869. Saya berikan […]

Apa Berlaku Kepada Manusia Klon?

Oleh: Nur Huda Pengklonan bukan lagi perkara baru yang dibicarakan pada hari ini. Idea ini telah wujud lama sebelum pengklonan sebenar berjaya dilakukan. Ia bermula pada tahun 1938 apabila Hans Spemann, seorang  saintis dari Jerman mencadangkan satu ujikaji yang dinamakan “fantastical experiment”. Dalam ujikaji ini, nukleus dalam satu sel dikeluarkan dan digantikan dengan nukleus yang […]

Jangkitan Cacing Pada Kanak-Kanak

Oleh: Nur Huda Jangkitan cacing adalah masalah kesihatan yang paling selalu dialami oleh kanak-kanak yang tinggal di persekitaran kemiskinan yang melampau. Cacing yang menjadikan manusia sebagai perumah ini bukan sahaja menjangkiti kanak-kanak di negara membangun dan mundur, malah juga dikesan pada kanak-kanak miskin dan gelandangan di negara maju. Jangkitan cacing, sekiranya tidak ditangani akan berterusan […]

Vaksin Pneumokokal : Melindungi Bayi Dari Radang Paru-Paru

Oleh: Zafir Lukast Belanjawan 2020 telah seminggu dibentangkan kepada umum.  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  bakal menerima peruntukan RM 30.6 bilion bagi membangun dan menaiktaraf infrastruktur kesihatan dan perlindungan kesihatan. Selain membina dan menaiktaraf hospital, klinik, serta perkhidmatan kesihatan, beberapa inisiatif baru turut diperkenalkan contohnya membenarkan pengeluaran KWSP bagi pasangan yang menjalani IVF serta rawatan kesihatan […]

Polio; Bangkit Dari Abu

Oleh: Nurhuda Manshoor Apabila Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 19 dan 20 September yang lalu melaporkan terdapat 2 kes jangkitan polio di Filipina, ia seakan satu cerita seram yang amat menakutkan, dan seharusnya meletakkan kita semua di dalam situasi berjaga-jaga yang amat ketat. Di dalam dunia kesihatan, berita ini tentunya sangat serius, kalaupun tidaklah menghairankan. […]

Elbakyan dan Gerakan Pembebasan Kemajuan Sains

Oleh : Syed Ahmad Fathi Walaupun kita sekarang hidup di zaman sains moden, ada masalah kepada penerusan dan kemajuan sains hari ini. Sebuah artikel yang ditulis oleh Benjamin Kaube dalam portal The Guardian menyatakan masalah ini dengan menulis “para saintis sepatutnya menyelesaikan masalah bukan bersusah payah untuk mengakses jurnal”. Ya, masalah kepada sains moden hari […]

Pesakit HIV dan Doktor Gigi

Oleh: Dr Hidayu Semalam di klinik tempat kawan saya bertugas, ketika seorang doktor gigi sedang mencabut gigi seorang pesakit, peralatan yang digunakan (Coupland elevator) secara tak sengaja tercederakan jari doktor tersebut dan berdarah. Kemudian pesakit mengaku yang beliau penghidap HIV. Ini bukan perkara kecil. Kenapa? Kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah sejenis penyakit berjangkit melalui […]

Malnutrisi Dalam Kalangan Kanak-kanak

Oleh: Nurhuda Manshoor Misteri yang menimpa orang asli suku Batek di Sg. Koh telah terjawab. Perkara ini mendapat perhatian ramai bukanlah semata-mata kerana kebajikan mereka, tetapi juga kepentingan-kepentingan yang datang bersama mereka. Kematian disebabkan penyakit misteri seperti ini bukanlah satu-satunya yang pernah berlaku di negara kita. Banyak kematian-kematian misteri yang berlaku secara terpencil, yang sampai […]

Gastrik; Penyakit Bulan Puasa?

Oleh: Dr Nurhuda Manshoor Apabila tiba bulan puasa, datanglah penyakit gastrik ini. Seolah-olahnya penyakit ini hanya berlaku pada bulan ini sahaja. Kini, ketika puasa sudah menghampiri penghujungnya, bolehkah kita merasa lega kerana penyakit ini pun akan dengan sendirinya menghilang? Penyakit gastrik atau istilah perubatannya, gastritis boleh jadi berlaku secara tiba-tiba atau sekali-sekala (akut) atau berterusan […]