Kempen RM 100 untuk Sekolah Alternatif Tawau

Share this post on:

Terima kasih kami ucapkan kepada semua lapisan masyarakat yang sentiasa mendokong projek pendidikan Sekolah Alternatif sehingga semakin ramai anak-anak yang mampu merasai nikmat menjadi seorang pelajar sekolah seperti anak-anak lain.

Kempen RM 100 adalah satu lagi inisiatif untuk mendanai kos enam bulan Sekolah Alternatif Tawau sebanyak RM 26,000. Oleh itu, kami sedang mencari 260 orang yang sudi menyumbang RM 100 sahaja(seorang).

Terima kasih yang setia mendokong, pendidikan untuk semua!

Apa Itu Sekolah Alternatif?

Sekolah Alternatif merupakan sebuah projek pendidikan yang dibangunkan hasil daripada idea mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekitar tahun 2015-2016 lagi.

Antara sekolah alternatif ketika itu, Sekolah Rumah Pangi (Tuaran), Sekolah Jalanan Pasar Filipin (KK), Sekolah Jalanan Tawau (Kelas IKAT), Sekolah Sosial Advocacy (Kampung Teluk Layang) dan sebagainya. Kelompok mahasiswa ini datang daripada bermacam-macam bidang antaranya Seni, Antropologi Sosial, Hubungan Antarabangsa termasuklah dari kalangan mahasiswa yang berasal daripada Tawau.

Projek pendidikan ini dilangsungkan setelah pengamatan serius bahawa negeri Sabah mempunyai masalah besar dalam isu masyarakat tanpa dokumen atau stateless. Pada tahun 2017 data dari Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN) mengesahkan bahawa negeri Sabah merupakan negeri yang paling bermasalah dari segi dokumentasi diri kerakyatan. NGO Gannos 2018 juga pernah menganggarkan sebanyak 800,000 jumlah masyarakat yang mempunyai masalah dokumen di Sabah.

Di saat kita menanti keputusan positif untuk menyelesaikan masalah ini secara politikal oleh pemerintah, kita sebagai mahasiswa–anak muda mengambil langkah untuk memperjuangkan nasib pendidikan untuk anak-anak ini. Tidak dilupakan, pendidikan adalah salah satu hak kanak-kanak termasuklah kesihatan, keselamatan, ruang bermain, tempat tinggal dan sebagainya. Kita juga percaya pendidikan adalah alat perubahan bangsa!

#SekolahAlternatif
#Tawau

Share this post on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *