Oleh: Mohd Rosyaidi

Dahulunya,
merekalah yang diagungkan,
tangisan rakyat harus dihilangkan semuanya,
rakyatlah yang harus diagungkan.

Dahulunya,
janji-janji merekalah yang paling manis,
supaya mampu berkuasa di kemudiannya,
dan rakyat kononnya tidak lagi menangis.

Dahulunya,
merekalah pahlawan di jalanan,
melawan zalim pemerintah lama sehabisnya,
kononnya untuk rakyat bawahan.

Sekarang,
mereka sudah berkuasa,
tangisan rakyat masih dilarang,
kerana mereka sudah menjadi raksasa.

Sekarang,
janji manis hanya menjadi tebu di bibir,
menepati janji seolah dilarang,
aksi hilang hanya banyak di bibir.

Sekarang,
mereka sudah lena dan dibuai mimpi,
api kuasa mereka marak ibarat api membakar arang,
kegembiraan rakyat hanyalah mimpi-mimpi.

Sekarang mereka sedang lena,
rakyat binasa tidak dipedulikan,

tetapi mereka harus sedar,
mereka juga mampu dibinasakan,
sekarang rakyat juga mampu sedar,
kuasa rakyat kepada pemerintah mampu membinasakan.

Teruslah lena sang penguasa baharu,
kelak kalian akan dibinasakan,
ngeri-ngeri lama yang baharu,
mampu menangiskan kalian penguasa baharu.

2 Responses

  1. Mengarang pantun dalam bilik panas,
    Bahang karbohidrat tingkah sejuk Aircon,
    Pakatan Harapan menang bukan tanda aras,
    Potpet jelata menanda langsaikah bon.

    Kenyang durian, payau, nasi, ayam,
    Kalori menggemuk memusnah sedar,
    Bukan anu ani Andre mesti bersemayam,
    Tapi mata rakyat jelata sudah tiada pudar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *