Ambil telinga kamu.
Dan pakukan untuk AKU.

Aku.
Aku seorang anak kecil perempuan.
Yang masih tolol untuk tahu apa-apa.
Aku seorang anak kecil perempuan.
Yang masih menurut untuk dimanja belai.
Tahuku.
Hanya memberi hanyut sampan di tepi longkang.
Dibesarkan dengan segala rasa.
Semata kerana mahu dijadikan seorang anak gadis sunti.

Aku.

Aku seorang anak kecil yang tadinya telah meningkat dewasa.
Menjadi seorang gadis.
Yang semakin mulai
mendorong diri mencari sesuatu.
Aku yang tadinya telah menjadi seorang gadis.
Yang semakin tahu.
Memberi menurut kemahuan sendiri.
Kopi tegukkan terakhir sanggup diserah.
Apatah lagi adanya pujuk rayu.
Aku.
Aku yang tadinya seorang anak gadis.
Telah menjadi seorang wanita.
Menjaga diri sendiri dan menjaga anak kecil semula.
Aku yang tadinya seorang anak gadis.
Telah berperwatakan ubah.

Hey!
Dunia ini persis kertas
yang ditulis dengan berus keras.
Dunia ini persis apa saja.
Yang kadang mempersetan jiwa suci.

Oh bukan dunia. Rupanya laki-laki.
Hey laki-laki yang muda yang tua!
Berhenti berpuasan sendiri.
Kamu itu terlalu erotis.
Memandang aku dengan hembusan nafas yang tidak henti-henti.
Hey laki-laki yang muda yang tua!
Kamu itu terlalu seksualis.
Memandang aku semata kerana sosok tubuh
badan.
Aku mulai dipertikai kerana cuai menjual diri tanpa sedar.
Aku mulai dinista kerana lalai menjaga apa-apa.

Orang mendosa. Yang salah perempuan.
Orang mendosa. Yang tetap salah perempuan.

Hey! Anak kecil!
Yang semakin mahu menjadi perempuan sebelum menjadi wanita.
Asal kalian tahu. Entiti kita.
Bukan jajahan tepi-tepi.

Yang tidak antilelaki.
Jauh sekali seorang feminis.
Yang cuma hendak keadilan dalam pertimbangan.

Yeyen Khoo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *