|PUISI| Sel-aku

Oleh: Melur dan bias Sel-sel dalam diriku ini miliki tujuan-nya yang kecil sel imanen dan transenden melampaui batas diri Sel-sel yang terikat yang kini integral bersatu untuk tujuan yang besar; berenang sampai ke muara Sulur-sulur hijau kehidupan dan kematian sel-sel dalam diriku yang tumbuh dan bergerak tanpa mengetahui tujuan-nya Rabu, Februari ke-24, 2021 Hulu Langat

|PUISI| Cuma kita

Oleh: Melur dan bias  Disebuah malam penuh artikulasi ku tatap, kau lekat kita duduk, berdua sahaja menjunjung kasih, budi diterima lantas kita berkenalan dengan bahasa yang tidak kumengerti kita sudah terbiasa mengucapkan kata-kata lain Kita akan menuju waktu segala gegas sengaja diperlahankan kita akan menghitung, setiap kelkatu yang jatuh kita akan menanam, setiap benih-benih keabadian […]

|PUISI| Si cantik

Oleh: Melur dan bias  Hai si cantik, pagi itu aku melihat kamu meleraikan rambut yang kusut mengeluh, bila alis mata tidak jadi sampai aku pula yang dipersalahkan bila baju yang kau beli tiga bulan yang lalu sudah sempit. Walaupun aku dituduh tanpa sebarang bukti aku diamkan sahaja cantik itu sebuah perjuangan para wanita demi secebis […]

|PUISI| Bandar orang gila 

Oleh: Melur dan bias  Balada bandar orang gila Muzik-nya tidak cukup keras Sehingga. . . Si babi mengalah para tuhan Hutan seperti mengemis hujan Yang sepi,  merayu sa-orang teman Harus keras kuat sebelum melawan Chanson balladee puitis manis Ghairah panas ciuman perancis Anak sial sedap mendayung gadis Dendam biarlah bertikam keris Siapa-lah aku,  pengemis puisi […]