TENTANG KITA

Oleh: RoseCitra Sejak dirimu hadir Dalam hidupku Fikiranku terasing Nafasku sukar Mengidolakanmu tanpa henti. Dengar Dengar Dengari aku Apa yang ingin kutanyakan. Apa yang patut kutahu Tentang dirimu? Apa yang patut kutahu Tentang kita? Pergi mimpi Pergi bersama dirimu Kerna kutahu dirimu hanyalah godaan Jelmaan syaitan.

LANGKAH MATI

Oleh: RoseCitra   Satu langkah menjunam Memperosokkanku Menghempas tulang-temulangku Bisanya sampai ke seluruh tubuhku.   Kerana satu langkah Aku di sini Memasuki ruang kecil Ditemani titisan air Yang seakan menghitung sisa waktuku.   Aku parah di sini Suara tercekik lemas Mulut bergetar lalu ternganga Tiada upaya Putaran angin mendesing bersiul Enggan pergi Makin melelahkanku.   […]

PADA HARI IKAN KALOI SAYA MATI

Oleh: Aliaa Alina Malam itu kami semua bersiaga di kawasan Dataran Merdeka untuk mengawasi demonstrasi jalanan. Suasana malam diterangi cahaya lampu sorot dan sekumpulan pasukan FRU berbaris panjang di hadapan dataran. Tidak ramai yang menyertai perhimpunan itu. Kebanyakan demonstran datang dari kawasan sekitar ibu negara manakala manusia lain terperuk di dalam rumah terhalang dek wabak. […]

BELASUNGKAWA ANGIN DINGIN

Oleh: Ziham Zawawi Mazlan Bermusim pun yang berlalu, angin dingin, kau tetap ku rindukan. Dua tiga hari lagi atau mungkin sepekan lagi, angin dingin pasti terngiang – ngiang di kulitku. Aku kira itu sudah pasti akan dapat dilupakan dalam sebulan dua. Namun, itu hanya kemungkinan. Yang belum jelas. Kabur. Dibatasi bayangan realiti. Bahagia, penyesalan, kedewasaan, […]

|PUISI| Rubaiyat Untuk Kalimantan

Oleh: Daniele Speziale Rubaiyat untuk Kalimantan Hutan menangis tanpa bersuara; kita dicuri langit dan udara. Manusia lawan, gaduh, salahkan: kiamat datang pun tak bersaudara. Lihat langit terbuka, itulah kebebasan tapi jerebu jadikan kita tahanan, pandangan bermimpi insan terkurung, terpisah dari ufuk dan perbintangan. Dibakar monyet, dicekik burung, dihalau pribumi, dibersihkan gunung. Kita semua bayar dengan […]

PEN DAN KERTAS

Oleh: Hafizairi Sewaktu kem latihan pra pekerjaan kena masuk hutan dulu, ada satu sesi berkumpul selepas waktu makan malam. Sebelum tu pelatih mengingatkan peserta untuk bawa bersama PEN DAN KERTAS. Duduk berhimpun dalam gelap di tengah tanah lapang. Maka bermulalah ucapan motivasi meluap-luap yang menyentuh semangat diri, keluarga dan negara yang kadangkala melebihi garisan sedar. […]

BORNEO DAN ‘PERSOALAN NASIONAL’

Oleh: Farahani Rosman ‘Kesedaran palsu’ yang dicernakan ini perlu dipecahkan agar kita dapat menyentuh isu-isu kritikal dan membina. Ruang-ruang fikir yang terbina semakin selesa, dan sudah tidak kondusif untuk pertumbuhan intelek kritikal dan membumi. – Farahani Rosman Dibelek buku Hishamuddin Rais, ditelek depan-belakang. ‘Persoalan Nasional’, judulnya. Bertahun-tahun saya dambakan buku itu. Sekarang baru saya berkesempatan […]

INTEGRITI SEORANG WIRA

OLEH: MUHAMMAD HAKIM BIN IRMIE YUHAZNI Sebenarnya sehingga ke detik ini, aku masih hairan dan musykil sama ada aku layak dilahirkan di tanah ibu pertiwi, Malaysia. Terdapat satu persoalan yang sering menghantui fikiranku iaitu “Apakah perkara yang telah kusumbangkan kepada rakyat Malaysia bagi memastikan Malaysia sentiasa prihatin terhadap sesuatu?”. Aku masih dibelenggu persoalan itu dan […]

Memilih Teori Pendidikan Ketika Beraktivisme

Oleh: Mansurni Abadi Kalau kita cermati tujuan keseluruhan dari pendidikan, ada pada kekuatan untuk mempersiapkan orang baik secara subjektif mahupun objektif yang dapat berfungsi secara aktif dan bertanggungjawab dalam komuniti mereka, masyarakat dan akhirnya dunia. Tetapi, pada praktiknya, pendidikan boleh dikondisikan ke dalam dua pengaruh; iaitu dapat memelihara cara berfikir menjadi lebih baik dan satu yang […]

Levi Strauss Strukturalisme & Teori Sosiologi: Christopher R. Badcock (2008)

Oleh: Jiji Vsop “Domain positivis dalam kemajmukan ranah antropologi & linguistik sebagai sebuah tatanan keilmiahan” Berbicara mengenai Levis Strauss, sosok ini juga merupakan pahlawan-pahlawan besar dalam bidang sosiologi. Sosok ini, begitu masyhur di Barat pada tahun 1960-1970an. Di Indonesia, dalam kalangan ilmuwan sosial-budaya, nama Levis Strauss ini juga tidak dipinggirkan, yang mana jejak-jejaknya begitu kuat […]