Category: PUISI

  • |Puisi| Kosong

    |Puisi| Kosong

    Oleh: Sabir Syarifuddin Sebutir rasa menggelegak mencari resah nikmat niat bingung mencari rahmat entah ada atau tiada sedang ia, aku dan dia cuma secebis menjalani tanpa sebutir cuma. Cuba kerat seerti kasih biar terbalas sejuta rindu apakah cabaran mencari rasa? Atau hanya pemuas cuma. Ahhh.. Ku cuba robek segumpal persoalan atau keinginan cuma entah usaha…

  • |Puisi| Terbanglah, Menyanyilah dan Bergembiralah

    |Puisi| Terbanglah, Menyanyilah dan Bergembiralah

    Oleh: Mohd Rosyaidi Buat apa lagi kau menjejakkan kaki berjalan di lorong-lorong yang tiada kesudahan itu? Buat apa lagi kau meroyan bersuara sumbang teriak-teriak yang tiada erti apa-apa itu? Buat apa lagi kau berpusing kepala bermain fikir-fikir tentang perkara yang sudah lali dan menyedihkan itu? Sedangkan, engkau sahabatku sudah boleh terbang dengan angan dan cita-mu.…

  • |Puisi| Teman Masih Ingatkah?

    |Puisi| Teman Masih Ingatkah?

    Oleh: Mohd Rosyaidi Teman masih ingatkah kita bersama berdiri di bawah cahaya yang sama melihat bayang kita bersama teman masih ingatkah kita bersama berlari di lorong yang sama untuk mengejar mimpi yang sama teman masih ingatkah kita bersama berteriak kata yang sama demi cinta yang kita kasihi bersama teman masih ingatkah kita bersama mengukir satu…

  • |Puisi| Syair Bumi Al-Anbiya

    |Puisi| Syair Bumi Al-Anbiya

    Oleh: D’Hamdan.M Semakin lara kita didera bara, semakin membara jiwa yang terseksa, sanak saudara menjerit gila, minta simpati tanah yang berharga. Lama resah demokrasi luka, luka kita terpedaya kata, manis mulut madah bicara, janji semua hanya sandiwara. Mana semua suara perwira? dulu gagah menentang nista kini semua hilang sirna, sifat tercelah menjadi akta. Demokrasi utuh…

  • |Puisi| Hari Ini

    |Puisi| Hari Ini

    Oleh: NH Hari ini para koruptor ditimbang kezaliman siapa yang kurang kecil dihadiahkan karunia para demonstrator dibimbang keberanian siapa yang kurang kecil dihadiahkan derhaka para agamawan dijulang hukum siapa yang kurang kecil dihadiahkan mulia para wartawan dipandang bohong siapa yang kurang kecil dihadiahkan percaya para penjahat diterjang wang kopi siapa yang kurang kecil dihadiahkan penjara…

  • |Puisi| Buat Ibu

    |Puisi| Buat Ibu

    Oleh: Syed Ahmad Fathi Kala dunia berkecamuk Masharakat berakal tak berhati mengamuk Manusia bertanya makna ini hari Dia pun memelukku membawa lari Setiap hari berhujan peluru Menusuk merosak masuk ke kalbu Anak kecil disimpan di hati terdalam Jauh dari dunia yang kelam Anak kecil belajar berdiri Dia pun menawar diri menjadi murabbi Mengajar seni tanpa…

  • |Puisi| Salju Di Garis Khatulistiwa

    |Puisi| Salju Di Garis Khatulistiwa

    Oleh: Fazrul Azril Mungkin salju pernah turun di negeri khatulistiwa ini negeri yang jauh dari garis 4 musim dan membekukan kemanusian, humanisasi, cinta, fizik dan suara kita, mereka berdakapan kesejukan dan ketakutan. Kerna yang cair cuma korupsi, kerusuhan, jerit pekik benci, dan keberuntungan sendiri, lalu mereka membentuk negeri yang ngeri.   CATATAN CATATAN YANG DIKURUNG…

  • |Puisi| Puas

    |Puisi| Puas

    Oleh : Aisyah Hakimi Ada yang berkereta mewah, baru berasa puas. Ada yang ‘berkereta’ sahaja, sudah berasa puas. Ada yang makan salmon, baru berasa puas. Ada yang makan kembung, sudah berasa puas. Ada yang bergelang emas, baru berasa puas. Ada yang bergelang getah, sudah berasa puas. Ada yang berumah agam, baru berasa puas. Ada yang…

  • |Puisi| Islamkah Tuhan?

    |Puisi| Islamkah Tuhan?

    Oleh : Muhammad Julazman Bin Jupri   Engkau sering mempersoalkan engkau sering mempertikaikan kewujudan agama dalam TuhanMu.   Tuhan mencipta agama apa Tuhan perlu duduk dalam ciptaanNya?   Engkau manusia sehebat mana zat dua benua tidak akan pernah menyatu.   Islamkah Tuhan?   Pejamkan mata. Diam.

  • |Puisi| Guru Bangsa

    |Puisi| Guru Bangsa

    Oleh: Mukmin Nantang Hai guruku sayang yang menjadi cermin masa depan sebuah negara. Masih kuingat sejarah guru menyalakan api kemerdekaan dikata penghianat oleh pemerintah dikata gila oleh rakyat biasa disisih dan dihina. Guru bukan ahli politik namun gurulah yang membela nasib bangsa di kala pemerintah salah guna kuasa. Guru bukan peguam bela atau hakim petah…