Category: PUISI
-
|Puisi| Ketika Kau Tak Lagi Bertanya Mengapa
Oleh: Hidayu Hatta ketika kau tak lagi bertanya mengapa seorang anak kebuluran mahu jadi pencuri ibunya tak sempat mengajarkan rahmat Tuhan untuk orang lapar juga tentang neraka pembakar orang-orang yang tak bayar hutang membeli susu bayi-bayinya ketika kau tak lagi bertanya mengapa seorang anak tujuh tahun menghisap gam bapanya tak sempat mengerjakannya malam tadi dikerjakan…
-
|Puisi| Simpang Itu
Oleh: Mohd Rosyaidi Meneguk secangkir kopi merasa kejujuran rasa pahit yang memang ditunjukkan daripada warnanya. Tapi terkadang penipuan juga terasa kerana sedikit manisnya di sebalik warna kelam daripada kopi itu. Begitu jugalah jika mata ini melirik ke arah simpang itu. Simpang yang menjadi jalan untuk kedua kaki ini yang tidak kurang pahit cabarannya. Namun dari…
-
|Puisi| Sampai Bila?
Oleh: Rien Sd Sampai bila? Kami tanpa pendidikan tanpa rumah tanpa negara tanpa segala-gala tiada yang percuma ketawa bermain bercanda tersorok-sorok. Sampai bila? Kami dijaga-jaga dimanja-manja kami bukan anak kecil yang tak berani mengharung cuma kami terkurung. Sampai bila? Orang simpati tak melepaskan kami kembali ke komuniti berendam dalam tradisi menyimbah amuk dengan muluk-muluk budaya.…
-
|Puisi| Hari Ibu
Oleh: Mukmin Nantang Ibu sudah pergi buat selamanya, meninggalkan aku bersama ayah, ayah sedang sakit, sakit menahan luka pemergian ibu. Ibu, di hari ibu ini, kurasa sangat tidak adil buatku, radio berputar setiap selang satu lagu, ucapan sayang buat ibu, dari anak yang merindu. Di kereta hari ibu berlagu. Di pasar raya bergema betalu-talu. Di…
-
|Puisi| Petualang Sunyi Berlayar Sendiri
Oleh: Rien Sd Tiada lagi perahu perasaan, yang berdayung di atas tikar jiwa, nakhoda berpergian memikul tetes, nirmala yang tersiram ke tanah, menjadi ideologi yang tak berbuah, tak mahir lagi mengibar bendera pertempuran, menjadi adiwira kudung yang menyapu, ubun-ubun para murba, semampu dan tidak ligat lagi berseteru, dalam ribut rebut relevansi, dia membaca hikayat seorang…
-
|Puisi| Selipar Jepun Biru dan Sepahtu Jingga
Oleh: Mohd. Rosyaidi Di hari biasanya dia hanya berjalan dengan sepasang selipar Jepun biru kesukaannya. Di hari biasanya dia hanya mengenakan selipar Jepun birunya untuk bertemu. Di hari biasanya bersama-sama sepasang selipar Jepun biru itu akan bertemuku membawa senyuman. Dan di hari-hari istimewanya pula dia akan menggenakan Sepahtu Jingga kegemarannya untuk bertemu juga. Di hari-hari…
-
|Puisi| 4T
Oleh: Yeyen khoo Pagi yang panjang, dilewat senja pulang, semata berjuang, mencari uwang. Anak kecil terus beringat, jejesan peluh bau keringat, raut wajah sarat selirat, betis nyilu semakin berurat. Tegukkan kopi perlahan dihirup, berfikir menu penerus hidup. Anak Tuah! Simpati Si Tua, berhenti berlagak Tuan, beringat wujudnya Tuhan. Kinabatangan
-
|Puisi| bersenTuhan
Oleh: Mukmin Nantang Kita masing-masing bergembira dengan tingkah masing-masing. Ya, seperti aku dengan kau yang tidak habis bertengkar soal kebersamaan. Sedang kita berkongsi rasa namun tak gembira, sedang kita menjauh, rindu dan lebih mencinta. Persoalan cinta adalah persoalan yang tak terjawab, kerana hati, bibir dan sikap tak selari. Oh, seperti kabus petang ini di perbukitan…
-
|Puisi| Agama, Kasih Sayang atau Momokan?
Oleh: Mohd Rosyaidi Alif Ba Ta, tidak semudah susunan itu pengertian agama, melihat tetapi buta, umpama begitulah agama diertikan. Agama layaknya untuk berkasih-kasih, tetapi agamalah dijadikan senjata bermomokan-momokan, agama itu harusnya diertikan secara lembut dan kasih, namun agamalah merupakan alat ketakutan. Di manakah ajaran cucu teragung Adam? Yang menekankan kasih dan sayang dalam sampaian. Ya,…