Author: adi helmi

  • Catur, Thanos, dan Metafora Hidup

    Catur, Thanos, dan Metafora Hidup

    Oleh: adiHJ Saya kembali ketagih untuk bermain catur selepas diberi tugasan untuk mereka poster pertandingan catur. Malah, saya menghabiskan masa berjam-jam dengan membaca artikel, menonton klip-klip video di YouTube dan terus memuat turun aplikasi permainan catur ke dalam telefon pintar. Kini, hari-hari saya dihabiskan dengan banyak bermain catur berbanding aktiviti lain. Dulu masa sekolah rendah,…

  • |Puisi| bersenTuhan

    |Puisi| bersenTuhan

    Oleh: Mukmin Nantang Kita masing-masing bergembira dengan tingkah masing-masing. Ya, seperti aku dengan kau yang tidak habis bertengkar soal kebersamaan. Sedang kita berkongsi rasa namun tak gembira, sedang kita menjauh, rindu dan lebih mencinta. Persoalan cinta adalah persoalan yang tak terjawab, kerana hati, bibir dan sikap tak selari. Oh, seperti kabus petang ini di perbukitan…

  • Eksistensialisme: Satu Pengenalan

    Eksistensialisme: Satu Pengenalan

    Oleh: Farahani R. Eksistensialisme tidak sekadar istilah besar berakhir dengan –isme yang kosong. Eksistensialisme sebenarnya mencakupi asas pelbagai bidang kemanusiaan. Ianya bermula daripada pertanyaan manusia kepada Tuhan; aku siapa sebenarnya? “Existence precedes essence”. Kewujudan mendahului inti pati. Sartre percaya bahawa manusia tidak ditentukan dengan simbol dan status bagaimana dia dilahirkan. Manusia wujud, dengan pilihan-pilihan yang…

  • Beg itu Masalah Kamu Sekarang

    Beg itu Masalah Kamu Sekarang

    Oleh: Aakmal Yusop Daud sedang menunggu di pondok bas. Bas yang terakhir sudah berlalu dua jam lalu.  Dia menggigil, menoleh ke kiri, kemudian ke kanan. Dia melihat telefon pintarnya. “Ish, mana orangnya ini?” Dia masih menggalas beg galasnya, walaupun klip pengikatnya tidak dipasang. “Kenapalah aku lupa jaketku?” Dia masih memandang ke hadapan apabila dia dapat…

  • FESTIVAL SENI KOLEKTIF 2.0: PANDANG KE BORNEO

    FESTIVAL SENI KOLEKTIF 2.0: PANDANG KE BORNEO

    Oleh: Yeyen Khoo Festival Seni Kolektif 2.0: Pandang Ke Borneo anjuran Borneo Komrad dengan kerjasama Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA UMS), dan Suara Mahasiswa UMS telah berlangsung pada 23 Mac 2019 (Sabtu) lepas. Festival ini merupakan program tahunan bagi Borneo Komrad dan tahun ini merupakan tahun kedua festival ini dilangsungkan. Dalam rangka menghimpunkan kolektif-kolektif dari pelbagai…

  • |Puisi| Agama, Kasih Sayang atau Momokan?

    |Puisi| Agama, Kasih Sayang atau Momokan?

    Oleh: Mohd Rosyaidi Alif Ba Ta, tidak semudah susunan itu pengertian agama, melihat tetapi buta, umpama begitulah agama diertikan. Agama layaknya untuk berkasih-kasih, tetapi agamalah dijadikan senjata bermomokan-momokan, agama itu harusnya diertikan secara lembut dan kasih, namun agamalah merupakan alat ketakutan. Di manakah ajaran cucu teragung Adam? Yang menekankan kasih dan sayang dalam sampaian. Ya,…

  • Lawan Rasuah Hingga ke Akarnya

    Lawan Rasuah Hingga ke Akarnya

    Oleh: Asraf Sharafi  Syed Hussein Alatas telah bahagikan tipologi rasuah kepada tujuh iaitu rasuah transaktif, rasuah pemerasan, rasuah defensif, rasuah investif, rasuah perkerabatan (nepotisme), rasuah auto genik dan rasuah dukungan (supportive corruption). Apa yang paling saya terganggu adalah jenis yang terakhir iaitu rasuah dukungan ini. Menurut beliau, rasuah ini tidak semestinya mengharapkan timbal balik atau…

  • Anas dan Falsafah Cinta

    Anas dan Falsafah Cinta

    Oleh: adiHJ Anas ialah seorang aktivis yang radikal. Resumenya sarat dengan kegiatan aktivisme yang melayakkan dia bekerja di syarikat aktivis bertaraf antarabangsa (kalau ada). Tapi, semakin banyak kegiatan aktivis yang dia ceburi, semakin dia menjadi selektif. Contohnya, kalau ada remaja buat demo pasal kenaikan harga minyak, dia tidak akan ikut. Tapi, kalau ada remaja yang…

  • Hegemoni Budaya: Satu Pengenalan

    Hegemoni Budaya: Satu Pengenalan

    Oleh: Farahani R Kisah di Christchurch baru-baru ini telah menyentak tenang seluruh dunia. Saat kita dipamerkan dengan kesesakan nafas warga Pasir Gudang, keganasan yang dirakam secara langsung oleh seorang pengganas fasis yang mengaku bangga ingin menampakkan ceruk New Zealand juga ‘dihinggapi’ migran Islam – dalam maksudnya, ingin menegakkan prinsip Islam adalah militan. Di Malaysia, kita…

  • APABILA CHARITY MENJADI KOMODITI

    APABILA CHARITY MENJADI KOMODITI

    Oleh: Nurhuda Manshoor Apabila kita menyebut sahaja ‘kerja amal’, ‘khidmat masyarakat’ dan sebagainya, terbayang di mata bagaimana orang tidak bernasib baik dibantu dan disantuni oleh orang baik-baik, yang prihatin, yang ikhlas, yang tidak mengharapkan apa-apa balasan. Kita mengharapkan yang dibantu itu bertambah baiklah kehidupan mereka, keluarlah mereka dari kesusahan dan kesempitan, bergembiralah mereka di dalam…